Berita yang buat darah aku tetiber naik tengahari yang terik ni..
Kadang-kadang tak boleh brain jugak aku dengan geng-geng pengedar dadah level antarabangsa ni ataupun pos boy area sempadan ni, adakah mereka bodoh tak ada otak atau buat-buat tak ada otak ?
Edar dadah merentasi sempadan terutama di Singapore dan Indonesia ni adalah satu risiko yang amat besar kerana dua-dua Negara ini adalah antara Negara yang undang-undang paling ketat bab dadah ni.
Nilai rampasan dalam kes dibawah ni lebih kurang RM 4.1 juta boleh memanfaatkan kepada lebih 8000 penagih heroin dan 150 orang penagih ‘ice’, bagi tempoh 1 minggu, tapi bila kau kena tangkap oleh CNB jawapan nya adalah tali gantung. Duit yang didambakan sekupang pun tak dapat, lepas tu naik turun mahkamah & yang susah keluarga, lepas tu akan ada la NGO konon nak pertahankan pesalah hantar surat bantahan la, minta PM tolong, minta Tuanku Agong tolong sedangkan memang salah mengedar dadah merentasi sempadan Negara dan kita harus patut pada undang-undang Negara berkenaan.
Mentaliti masyarakat harus dipupuk sejak dari kecil bahawa dadah adalah bahan terlarang serata dunia, kerajaan harus lebih mainkan peranan menggunakan segala saluran komunikasi yang dimiliki oleh kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan dengan penyalahgunaan dadah termasuk mendidik generasi X dengan lebih serious.
Kementerian Pendidikan juga perlu berkerjasama untuk menjayakan misi dan visi ini agar anak muda tidak terjebak sebagai penagih atau pengedar. Pelbagai kaedah dapat diterapkan disekolah secara konsisten sepanjang tempoh bersekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, Kes dibawah melibatkan individu berusia 23 hingga 28 tahun, terlalu muda dan mereka telah memusnahkan masa depan mereka sendiri.
Saya percaya Agensi Antidadah Kebangsaan juga bersedia setiap masa untuk bersama-sama mana-mana pihak termasuk pihak Kementerian, agensi Kerajaan, Sekolah, pihak Swasta serta mana-mana individu untuk membantu AADK dalam soal pencegahan, pengguatkuasaan, pemulihan dan rawatan serta kaunseling.
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, sejak tahun 1983 Malaysia mengistiharkan Dadah adalah sebagai musuh No 1 Negara namun setelah hampir 40 tahun kini dadah masih kekal musuh no 1 Negara, apa peranan kita sebagai rakyat ? Adakah kita serious untuk membendung masalah ini ? Sehingga kita pada pandangan saya kita melayan musuh no 1 kita ini ibarat musuh no 10 bukan no 1.
Sebagai Ikon Antidadah Kebangsaan aku amat kesal dengan berita-berita macam ni dan kesian pada keluarga mereka yang terjebak dengan masalah dadah ni. Aku tak akan berhenti bercakap soal dadah ni selagi aku mampu, kalau satu hari nanti aku jadi Menteri berkaitan aku akan pastikan perkara berkenaan dengan dadah ni menjadi isu no 1 untuk aku banteras sebab masalah dadah ni adalah masalah kita sebagai rakyat Malaysia.
Jadilah manusia yang prihatin dan serious dengan masalah dadah ni bukan ambil ringan dan sambil lewa, mainkan peranan kita selagi boleh demi keluarga kita, komuniti kita, kawan-kawan kita dan orang yang kita sayang.
Jauhi dadah, kekalkan gaya hidup sihat..Muka tak handsome tak pe janji urin clear..