DUNIA HAFIZ

Share This Article

#TakPerluStimGuys #IkonAntidadah #BPSK
Setiap perkara yang kita lakukan hendaklah dengan niat yang baik dan matlamat yang jelas seterusnya berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita..Halangan dan dugaan tetap akan datang tetapi kita harus jadikan ia sebagai cabaran untuk meneruskan perjalanan..Komunikasi yang baik pasti dapat menyelesaikan 1001 masalah dengan tenang..
Alhamdulillah selesai lokasi ke 9 dalam blok yang kedua saya untuk program Bengkel Pemasaran Sosial Dan Kendiri dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan di Daerah Sentul Kuala Lumpur..Daerah ini diklasifikasikan sebagai kawasan rintis / berisiko tinggi dengan masalah perlencongan sosial, penyalahgunaan dadah dan substan namun kita sebagai masyarakat harus berganding bahu untuk terus sama-sama membantu komuniti kita bebas daripada masalah ini..Ini tanggungjawab kita bersama..
Terima kasih kepada Aadk Daerah Sentul yang berkerjasama dengan saya dalam merealisasikan program ini dengan jayanya..Terima kasih juga pada adik kakak yang hadir program dan kelas saya selama dua hari dengan semangat yang tinggi, mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ilmu yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan komuniti kita..InshaAllah..
Kepada penduduk Daerah Sentul saya dengan rendah diri merayu kepada kalian agar hindari diri anda daripada dadah yang boleh membinasakan diri anda hari ini dan masa depan anda..
 
Jaga orang yang kita sayang dan pastikan komuniti kita bebas dadah..Sekiranya anda ada maklumat berkenaan penyalahgunaan dadah, pengedaran dadah atau sanak saudara yang terlibat dengan dadah anda boleh terus menyalurkan maklumat kepada Agensi Antidadah Kebangsaan ditalian hotline kami : 019-6262233 / 03-89112233 (24 Jam)
 
”Kita boleh kecewa namun jangan sesekali putus asa” – Hafiz Nafiah-
 

Share This Article