DUNIA HAFIZ

Share This Article

#Share
Assalammualaikum & Salam Sejahtera…
Pertama sekali saya nak minta maaf la kalau saya tak jawap PM, DM Wassap atau Call, buat masa ni memang terlalu banyak PM, DM, Wassap dan Call yang masuk terutama sekali meminta bantuan dikala pandemik Covid-19 ni.


Saya faham ramai yang terkesan akibat wabak yang sangat bahaya ini, namun kita harus akur dan redho dengan ujian yang Allah berikan pada kita.
Saya bukanlah siapa-siapa, saya juga bukan YB namun saya hanyalah pemimpin kecil dalam gerakan saya sahaja, itu bukanlah alasan untuk saya untuk tidak membantu mereka yang terkesan dikala Covid-19 dan PKP yang melanda kita semua, saya hanya boleh membantu setakat yang saya mampu sahaja kerana saya juga terkesan dengan apa yang berlaku sekarang ini, namun Allah berikan sedikit kelebihan agar saya kuat untuk menggerakkan gerakan saya untuk membantu mereka-mereka yang terkesan.


Saya juga sedang menunggu daripada beberapa pihak untuk terus membantu saya dalam gerakan saya membantu yang terkesan ini, namun masih belum berjawab, dengan kapasiti yang saya ada ini saya tidak mampu untuk membantu terlalu ramai orang kerana ianya adalah sangat-sangat terhad.
Dalam situasi sekarang ini juga banyak desas desus yang mengatakan terlalu banyak yang meminta bantuan dari segi wang ringgit dan bekalan makanan ataupun keperluan untuk bayi, namun ada diantara mereka yang mengambil kesempatan dengan menjual semula barangan tersebut malah ada yang tidak susah pun tetapi meminta bantuan dari segi kewangan.


Ada antara kerja-kerja misi bantuan saya akan saya war-warkan dan kebanyakkannya saya tidak war-war disebabkan kapasiti saya sendiri, sekiranya ianya sumbangan awam maka saya akan war-warkan supaya mengelak daripada bersangka buruk. Saya juga berbesar hati sekiranya ada dikalangan rakan-rakan saya yang sudi untuk menghulurkan bantuan tidak kira dari segi apa sekalipun untuk turut sama dalam misi-misi bantuan sepanjang tempoh sukar ini. Anda boleh DM saya di Facebook atau menelefon saya (Yang ada nombor saya) untuk menghulurkan bantuan.


Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya saya terlepas pandang DM, PM, Wassap atau Call anda semua…
Sekiranya anda ingin menyumbang, bolehlah terus menyumbang kedalam akaun seperti berikut:

PERTUBUHAN EKONOMI INOVASI MELAYU MALAYSIA : Maybank 562085605489
***Anda remarks sumbangan pkp pada resit tu nanti.

Sekian, terima kasih

Hafiz Nafiah

Presiden 

Pertubuhan Ekonomi Inovasi Melayu Malaysia

#HafizNafiah #VillaHafiz #HafizPrihatin #Malaysia #Bantuan #covid19 #Sumbangan #IkonAntidadah #TakPerluStimGuys #Perisai

 

 


Share This Article