DUNIA HAFIZ

KENYATAAN MEDIA RASMI SENIMAN – ARWAHYARHAM BENJY

Share This Article

ASSALAMMUALAIKUM, BISMILLAHIRAHMANIRAHIM DAN SALAM SEJAHTERA.

AHAD 11 JULAI, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), dukacita dimaklumkan bahawa Industri Kreatif kehilangan seorang lagi permata seni yang sangat berbakat iaitu arwahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang juga anak Seniwati Negara arwahyarham Azean Irdawaty pada jam 11 pagi di Hospital Royal Prima Medan Indonesia pada usia 43 tahun akibat sesak nafas disebabkan masalah penyakit kronik yang beliau hadapi iaitu Asthma.

Gambar Benjy semasa lawatan Setiausaha Agung Seniman pada April 2019

Seniman sedang berhubung rapat dengan pihak Konsulat General Malaysia di Medan Indonesia dan Pihak Penjara Tanjung Gusta Medan untuk pengurusan jenazah arwah Benjy. Setakat ini maklumat yang kami terima, jenazah kini telah menjalani pelbagai prosidur di Hospital, namun disahkan tiada jangkitan Covid-19, jenazah sudah dibawa ke RS Bhyangkara Brimob (Rumah Sakit Dibawah pihak berkuasa Indonesia) segala urusan jenazah akan akan dilakukan disitu sebelum dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Tanjung Gusta Medan Indonesia sebelum Zohor waktu tempatan inshaAllah.

Seniman juga berhubung rapat dengan pihak keluarga arwah, keluarga bersetuju untuk arwah Benjy dikebumikan di Medan Indonesia disebabkan Benjy ada mewasiatkan supaya jika apa-apa berlaku kepada beliau maka semadikan beliau di Medan Indonesia. Pengurusan jenazah arwah Benjy akan diuruskan oleh pihak Konsulat General Malaysia dan pihak Penjara Tanjung Gusta dan segala kos akan ditanggung oleh pihak waris. Seniman akan cuba bantu mana-mana bahagian selagi kami mampu untuk memudahkan urusan arwah Benjy di Medan.

Untuk makluman, Benjy ditahan pihak Kastam Dan Eksais sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu Medan Indonesia pada 18 April 2017, Benjy kemudian didapati bersalah kerana memiliki 4.5 gram dadah jenis Methamphetamine dan dikenakan hukuman penjara 11 tahun 8 bulan oleh Mahkamah.

Presiden & Setiausaha Agung Seniman sewaktu lawatan kali pertama pada tahun 2018

Seniman yang diwakili Presiden dan Setiausaha Agung pernah melawat Benjy di Penjara Tanjung Gusta Medan pada 15 Disember 2018 buat kali pertamanya rakyat Malaysia dan artis Malaysia datang melawat beliau ketika itu setelah hamper 2 tahun menjalani hukuman penjara. Pada April 2019 sekali lagi Seniman diwakili oleh Setiausaha Agung melawat Benjy dan menyampaikan sumbangan hasil daripada kutipan derma daripda Tabung Prihatin Seniman, pada ketika itu Seniman juga menyampaikan keperluan Hari Raya kepada beliau selain wang tunai.

Seniman mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Benjy, semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan ini, sama-sama kita doakan agar segala urusan jenazah Benjy di Medan dipermudahkan oleh Allah.

Hafiz Nafiah
Setiausaha Agung Seniman
11 Julai 2021


Share This Article

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *