DUNIA HAFIZ

MAMAT KHALID MENINGGAL DUNIA

Share This Article

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni tanah air saudara Mohamad Bin Mohd Khalid @ Mamat Khalid telah menghembuskan nafas yang terakhirnya sebentar tadi sekitar jam 12.30 pagi pada usia 58 tahun.

Beliau jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan dikerjarkan ke Hospital Slim River menaiki ambulan dan menghembuskan nafas yang terakhir didalam ambulan.

Maklumat awal yang Seniman perolehi, jenazah akan dikebumikan di Ipoh esok.

Mamat Khalid

Hasil perkahwinan beliau bersama isteri beliau dikurniakan 5 orang anak.

Arwah juga adalah adik kepada kartunis terkenal Negara iaitu Datuk Lat.

Seluruh kepimpinan tertinggi Seniman Malaysia serta barisan Exco dan ahli-ahli Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah

Seniman mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

AL-FATIHAH

Hafiz Nafiah
Setiausaha Agung Seniman
1.13 pagi


Share This Article

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *