DUNIA HAFIZ

BENJY SELAMAT DIKEBUMIKAN DI MEDAN INDONESIA

Share This Article

Update pengkebumian Arwahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim @ Benjy

Alhamdulillah arwah Benjy telah selamat dikebumikan di tempat Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan Indonesia pada jam 11 pagi waktu Indonesia dan selesai semua acara pada jam 11.45 pagi.

Proses mengali liang lahat
Jenazah Benjy diturunkan ke liang lahat
Jenazah di talkinkan

Semua urusan jenazah Benjy diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.

Seniman diwakili oleh Setiausaha Agung sempat menyaksikan proses pengkebumian Benjy dalam siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan.

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke Negara abadi. Segala kos urusan pengkebumian Benjy telah pun diselesaikan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta.

Wakil pihak Penjara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan menaburkan bunga atas pusara Benjy

Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat. Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa.

Alhamdulillah segala kos pengkebumian sudah pun diselesaikan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta Medan.

Al-Fatihah

Hafiz Nafiah
Setiausaha Agung Seniman
12 Julai 2021
1 petang


Share This Article

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *