Filem Mandela sebuah karya yang mengangkat seorang tukang gunting rambut sebagai kuasa ketiga iaitu sebagai penentu antara dua parti yang mana akan memerintah setelah selesai pilihanraya..Syok filem ni dan ia mungkin akan berlaku di Malaysia setelah PRU 15 nanti dimana ada kuasa ketiga sebagai penentu parti mana akan memerintah..Dalam keadaan tersebut pasti berlaku gejala rasuah atau sogokan seperti yang dihadapi oleh Mandela.
Filem One pula mengisahkan seorang Ketua Menteri di Kerala yang ingin membawa usul di Dewan Rakyat untuk menguatkuasakan undang-undang menarik balik sokongan kepada wakil rakyat sekiranya perkhidmatan mereka tidak bagus sebelum penggal 5 tahun berakhir..Menarik cerita ni dengan pelbagai plot..Boleh menjadi rujukan juga pada pemimpin di Malaysia ni..So saya sarankan pemimpin terutama yang sedang memerintah untuk tonton filem ni. – Petikan dialog Filem One “being a politician, to me is means to stand along with the people”