DUNIA HAFIZ

INDUSTRI KREATIF: APA PERANAN AGENSI YANG LINDUNGI INDUSTRI KREATIF ?

Share This Article

Hari ni PKPD bermula di beberapa mukim hampir seluruh Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur, jika Selangor dan Kuala Lumpur PKPD maksudnya negeri-negeri lain juga akan turut terkesan disebabkan 2 Negeri ini adalah nadi utama untuk Malaysia.

Maka secara langsungnya Industri Kreatif juga tidak akan dibenarkan beroperasi sehingga 16 Julai 2021 ini. Tambah lagi setengah bulan menjadikan hampir 2 bulan industri kreatif ini tidak beroperasi.

Namun warga kerja industri kena makan dan minum tapi tiada pendapatan untuk berbuat demikian, itu baru bab makan belum cerita bab sewa rumah, susu, pampers, bil-bil dan hutang bank.

Program Selamat Pagi Malaysia

Saya telah pun cadangkan beberapa langkah dalam posting saya sebelum ini kepada agensi berkaitan industri kreatif namun ianya masih samar..Perkara seperti bakul makanan ini penting kerana ini adalah asas kehidupan, sampai bila agensi mahu berdiam diri ? Lakukan SEGERA..!! Warga industri tiada pendapatan dan jika bakul makanan ini digerakkan sekurang-kurangnya mereka ada makanan diatas meja walaupun makanan asas.

Link posting cadangan saya minggu lepas: https://www.facebook.com/698893541/posts/10158555212028542/?d=n

Adalah kamu masih selesa dengan gaji bulanan yang kamu dapat ? Dengan peruntukkan yang agensi ada maka agensi mampu melakukannya, persatuan yang ada dalam industri sumber dana amat-amat terhad dan mereka pun membantu setakat yang mampu.

Tidakkah agensi yang melindungi industri kreatif ini berasa malu dengan gerakkan yang dilakukan oleh persatuan mahupun penerbit-penerbit yang membantu warga industri atas kapasiti sendiri sedangkan agensi mampu untuk lakukan dengan skala besar dan lebih teratur ?

Wake up call u tuk kalian..Jangan hanya ambil kredit bila ada pelakon, penerbit, krew atau karya yang berjaya diperingkat Antarabangsa.

Akhir sekali saya pesan, Sedarlah bahawa sungguh ramai warga industri kreatif yang tak mampu membeli keperluan makanan asas diluar sana..Ini fakta dan data..

Adakah masih mahu berpeluk tubuh ????

Hafiz Nafiah
Setiausaha Agung Seniman
3 Julai 2021
Kuala Lumpur

HafizNafiah #VillaHafiz #Seniman #Artis #IndustriKreatif #Malaysia #BukaIndustriKreatif


Share This Article

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *