DUNIA HAFIZ

INDUSTRI KREATIF DALAM DILEMA MENYEMBAH BUMI..RETORIK ATAU KEBENARAN ?

Share This Article

Industri Kreatif di Malaysia kian tenat dek kerana perintah kawalan pergerakan yang tidak berkesudahan..Sampai bila kami harus menghadapi tamparan hebat kerana wabak Covid-19 ini ? Kerajaan harus mainkan peranan dibawah Kementerian dan agensi yang terlibat dalam industri kreatif.

Oleh: Hafiz Nafiah

Semua sedia maklum tentang pelbagai industri atau sektor ekonomi bukan essential tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 dilaksanakan yang mempunyai 4 fasa yang amat panjang..Namun bagi industri kreatif di Malaysia ia sangat membebankan para pemain daripada kebanyakkannya golongan B40 yang mencari rezeki berdasarkan gaji per projek dan sekiranya industri ini tidak dibenarkan beroperasi sehingga fasa ke 3 PKP 3.0 ini maka industri kreatif juga boleh hancur dan runtuh secara am nya..

Untuk pengetahuan semua, setiap sesi penggambaran drama memerlukan sekitar 40 orang (Maximum) sahaja itupun bukan dalam satu-satu masa, anggaran ini saya kira secara total kapasiti krew dan pelakon yang terlibat, sama juga dengan penggambaran filem anggaran krew dan pelakon yang terlibat lebih kurang 60 orang bukan serentak dalam satu-satu masa. Sekiranya rakaman distudio juga anggaran krew dan pelakon atau tetamu yang terlibat juga dianggarkan lebih kurang sama sahaja.

Untuk rekod juga industri kreatif tidak pernah mencatatkan apa-apa kluster sehingga penulisan ini ditulis berbanding sektor ekonomi yang lain terutama sektor ekonomi yang diklasifikasikan sebagai essential servis ni termasuk penyumbang utama kepada kes harian yang mencecah angka ribuan setiap hari adalah daripada sektor perkilangan namun mereka tetap beroperasi dengan jayanya.

Saya faham bahawa industri kreatif di Malaysia bukanlah penyumbang terbesar kepada KDNK Negara ianya anggaran sekitar RM 1 Billion sahaja setiap tahun namun terdapat ramai rakyat Malaysia yang berkerja didalam industri ini yang mempunyai tanggungan terhadap keluarga, bil-bil, sewa rumah dan hutang bank yang perlu diselesaikan.

Industri Kreatif makin tenat dengan keadaan sekarang ini dimana kami tidak boleh keluar bekerja dan menyara keluarga yang memerlukan keperluan asas, ini bukanlah retorik politik atau sengaja dinyatakan, industri ini perlu disuntik vaksin penyelamat (Exit Plan) agar boleh diselamatkan segera warga industri yang kian menyembah bumi hari demi hari.

Saya berpendapat bahawa industri kreatif perlu diberi perhatian juga dikala pihak pemerintah merangka plan pemulihan Negara untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 ini kerana saya percaya ramai sahabat-sahabat saya yang lumpuh disebabkan tidak dibenarkan berkerja sepanjang tempoh PKP 3.0 ini, jika dilihat plan yang dibentangkan maka industri kreatif akan kembali beroperasi pada fasa ke 3 iaitu pada bulan Oktober 2021 itu pun jika kes sudah berada pada nilai ambang 500 kes dan kebawah. Bayangkan ia dalam jangkamasa 4 bulan daripada sekarang dan bagaimana pemain dalam industri kreatif hendak bertahan ? Sehingga hujung bulan Jun 2021 juga telah memakan masa selama satu bulan kami tidak boleh berkerja dan tiada pendapatan disebabkan PKP 3.0 yang dilanjutkan lagi 14 hari.

Carta Pelan Pemulihan Negara

Masalah juga dihadapi oleh pihak penerbit apabila tidak dapat menyiapkan naskah-naskah yang mempunyai dateline untuk diserahkan kepada stesen-stesen tv dan kini berdepan dengan tindakan undang-undang. Banyak lagi syarikat produksi yang menanggung kos setiap bulan dengan pelbagai overhead yang perlu ditanggung sedangkan industri kami tidak dibenarkan beroperasi, ini bukan retorik tetapi ia adalah kenyataan yang harus dilalui sehingga berada diparas tidak lagi mampu bertahan.

Saya mencadangkan agar kerajaan dapat memberikan plan secara holistik terhadap industri kreatif agar warga kerja didalam industri ini mampu bertahan pada bulan-bulan mendatang sehingga nilai ambang fasa ke 3 plan pemulihan Negara dicapai bagi menyelamatkan industri ini.

Saya berterima kasih atas inisiatif pihak kerajaan untuk memberikan dana dibawah program pelaksana 3.0 bagi industri kreatif sebagai pemangkin untuk merancakkan ekonomi industri kreatif namun sekiranya dana itu diluluskan untuk syarikat produksi sekalipun tetapi kami tidak dibenarkan beroperasi maka ia juga adalah sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa hasil bagi membantu industri kreatif yang amat tenat ketika ini.

Kami juga rakyat biasa seperti orang lain namun kami duduk dibawah satu industri yang kami perjuangkan dan ianya adalah sumber rezeki kami yang kini tidak dibenarkan beroperasi, kami tidak meminta untuk diberikan kelebihan namun industri kreatif harus terus berjalan agar ianya dapat menyelamatkan warga kerja didalam industri kreatif secara amnya.

Akhir kata, seni dan kreatif tidak dapat dipisahkan, seni dan kreatif juga mampu menenangkan jiwa-jiwa yang gundah gulana dikala wabak covid-19 ketika ini dan mampu memberikan keceriaan hari-hari ketika berada dirumah, melalui seni juga dapat memberikan semangat dan menggembalikan kekuatan untuk rakyat terus menongkah arus perjalanan yang perit ini malah seni juga bisa melembuhkan hati musuh waimah sekental mana sekalipun mereka. Saya harap pihak berwajib dapat melaksanakan tanggungjawab kepada industri kreatif ini agar kita dapat kembali beroperasi dalam masa yang terdekat demi sesuap nasi bagi meneruskan perjalanan kehidupan.

Hafiz Nafiah

16 Jun 2021

Kuala Lumpur

#VillaHafiz #HafizNafiah #Artis #IndustriKreatif #Malaysia #KitaJagaKita #Seniman #Covid19 #KitaJagaSeni #TakPerluStimGuys


Share This Article

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *