DUNIA HAFIZ

INDUSTRI KREATIF: PROGRAM SELAMAT PAGI MALAYSIA…WARGA INDUSTRI KREATIF WAJIB TONTON DAN KONGSIKAN..

Share This Article

INDUSTRI KREATIF: PROGRAM SELAMAT PAGI MALAYSIA, WAGRA SENI TONTONLAH DAN KONGSIKAN..

Sesi pagi tadi program Selamat Pagi Malaysia bersiaran secara langsung daripada Angkasapuri Kuala Lumpur berjalan dengan lancar..Alhamdulilah dan terima kasih saya pada Penerbit dan RTM.

Saya tekankan sekali lagi bahawa industri kreatif perlu dibuka semula dalam bulan Julai 2021 ini atas beberapa faktor utama antaranya pendapatan majoriti (90%) warga industri kreatif adalah daripada kerja per projek, sekiranya tiada projek maka tiada gaji, selain itu saya juga merayu agar pihak Kerajaan mendengar rintihan dan keperitan yang ditanggung kami setelah dua bulan lebih tidak dibenarkan beroperasi, saya juga menyatakan perlunya wujudkan food bank hub untuk industri kreatif yang boleh dibuat di Finas secara konsisten sehingga PKP atau PPN ini tamat. Sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban mereka.

Seniman juga bersedia untuk berjumpa pihak Majlis Keselamatan Negara bagi memberikan gambaran sebenar tentang aktiviti penggambaran supaya SOP yang lebih baik dapat dihasilkan bagi tujuan pembukaan semula operasi industri kreatif pada bulan Julai 2021 ini.

Sekali lagi saya dengan rendah diri memohon agar sahabat-sahabat warga kerja industri kreatif belakang tabir atau dihadapan kamera dapat menzahirkan keresahan dan memohon agar kerajaan buka semula industri kreatif dalam masa terdekat di media sosial masing-masing, kita jadikan ianya kempen.

Saya mohon semua mendoakan agar industri kreatif kembali dapat beroperasi dalam masa terdekat, ujian ini menandakan Allah sayang kita dan perjuangan ini menjadi sia-sia jika kita masih berpeluk tubuh dengan keselesaan yang kita ada saat orang lain tiada makanan. Allahuakbar…

Terima kasih kepada semua yang tidak jemu mendoakan dan teruskan menyokong usaha saya dan Seniman ini, semoga anda juga dirahmati oleh Allah. Boleh klik video dibawah untuk tonton interview penuh…  


Share This Article

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *