#LockDown #Malaysia
Mohon pihak Polis DiRaja Malaysia tegas dalam sekatan jalan raya bagi menbendung masyarakat yang pentingkan diri sendiri untuk pulang ke kampung halaman untuk tujuan lokdown dikampung. Jangan pentingkan diri..!!!
Oleh : Hafiz Nafiah
Assalammualaikum dan selamat pagi,
Semalam Kerajaan umum Total Lockdown bagi seluruh Negara minggu hadapan pada 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 untuk fasa pertama. Alhamdulillah ianya disambut baik oleh rakyat Malaysia memandangkan kes Covid 19 yang semakin merungcing di Negara ini dan sistem kesihatan Negara juga hampir lumpuh, saya percaya semua frontliners dibahagian kesihatan menarik nafas lega atas pengumuman semalam.
Namun saya juga agak gusar dengan gambar-gambar dibawah ini dimana ada segelintir rakyat Malaysia yang masih mementingkan diri sendiri dan tidak menjaga SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN, diawal pagi plaza tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak sesak teruk dengan kenderaan menghala ke Selatan dan Pantai Timur, adakah mereka ini mempunyai surat perjalanan sah untuk merentas daerah mahupun Negeri ? Ataupun mereka menggunakan alasan bagi menggaburi mata pihak berkuasa untuk mendapatkan surat kebenaran rentas Negeri ? saya berharap agar Pihak Polis DiRaja Malaysia tegas dalam sekatan jalanraya dan pihak Polis juga diharap tidak sewenang-wenangnya memberikan kelulusan merentas Negeri kepada mereka yang mementingkan diri sendiri ini supaya mengelak daripada berlakunya kluster-kluster baru selepas 14 hari lockdown nanti.
Saya percaya ramai juga yang akan terkesan dengan total lockdown ini terutama peniaga-peniaga kecil dan golongan M40 dan B40 namun sebagai rakyat Malaysia saya juga percaya masih ramai yang prihatin dengan situasi yang kita sama-sama hadapi ini dan saya juga percaya banyak NGO-NGO yang akan sama-sama membantu bagi meringankan beban golong ini dikala semua kita diminta duduk rumah, selain itu pihak Kerajaan diminta dengan segera untuk mengumumkan inisiatif-inisiatif bantuan yang perlu untuk membantu mereka yang terkesan teruk memandangkan tagline Kerajaan ini adalah “Kerajaan Prihatin” maka tanggungjawab tersebut haruslah selari dengan kata-kata.
Saya juga menyeru agar kita dapat memainkan peranan sebagai jiran tetangga yang prihatin dengan bertanya khabar jiran-jiran kita melalui panggilan telefon atau group-group wassap agar mereka juga mempunyai makanan asas untuk kelangsungan hidup dalam tempoh lockdown ini, sekiranya ada yang memerlukan bantuan maka eloklah kiranya sekiranya kita mempunyai rezeki lebih membantu apa yang patut, Allah berfirman “tidak akan miskin orang yang bersedekah” sebagai orang islam kita harus berpegang teguh dengan pendirian kita untuk membantu mereka yang memerlukan.
Saya juga berharap agar Kerajaan bersikap tegas dalam melaksanakan total lockdown ini supaya tidak pilih kasih dengan membenarkan sektor-sektor yang tidak penting beroperasi dalam tempoh ini, laksanakanlah lockdown ini seperti PKP 1.0 yang lalu agar kita berjaya melandaikan lengkuk jangkitan yang sedang menular didalam komuniti hari ini, rakyat juga harus memainkan peranan yang jitu demi keselamatan nyawa kita.
Disamping itu Kerajaan juga diharap dapat memberikan perkara-perkara yang dituntut oleh rakyat seperti Moratorium secara automatik, subsidi upah kepada syarikat yang terkesan, bantuan bakul makanan, bantuan khas pada rakyat B40 yang tidak bergaji tetap, i-sinar, i-lestari, diskaun bill elektrik dan air, GKP 3.0 serta BPR kerana ini adalah tanggungjawab Kerajaan dan jangan hanya mementingkan tokey-tokey besar sahaja. “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”
Sektor pendidikan pula, saya berharap dapat disegerakan pengagihan komputer riba yang dijanjikan dalam bajet 2020 yang lalu agar anak-anak dapat belajar secara online dengan sempurna dan sesi pembelajaran tidak terbantut, golongan B40 ini perlu diberikan perhatian memandang harga komputer riba atau tab agak mahal. Gerakkan segala Kementerian yang berwajib dan agensi-agensi yang patut untuk segerakan segala bantuan dalam keadaan sukar ini.
NAKPEGI MANA RAMAI-RAMAI NI ???? PELIK SEBAB DALAM BANDARAYA KL TAK SESAK PUN…
#VillaHafiz #HafizNafiah #Malaysia #IkonAntidadah #Lockdown #KitaJagaKita