DUNIA HAFIZ

KUBUR ARWAH BENJY CANTIK DAN BERSIH

Share This Article

ZIARAH SENIMAN KE KUBUR BENJY DI TANJUNG GUSTA MEDAN INDONESIA

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Tanggal 11 Mei 2023 bersamaan 20 Syawal 1444H saya Hafiz Nafiah Setiausaha Agung Seniman mewakili Seniman Malaysia mengadakan ziarah rasmi Seniman ke kubur arwahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih popular dengan nama pentasnya Benjy.

Hafiz Nafiah Setiausaha Agung Seniman di kubur arwah Benjy di Medan Indonesia

Benjy menghembuskan nafas yang terakhir pada tanggal 11 Julai 2021 di rumah sakit Royal Prima Medan setelah mengadu sesak nafas.

Benjy sedang menjalani hukuman penjara 11 tahun 8 bulan di Penjara Tanjung Gusta Medan setelah ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu pada 19 April 2017.

Hafiz (kanan) bersama Tuan Ameen Pegawai Konsulat Jeneral Malaysia Medan Indonesia

Seniman mendoakan agar roh arwahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beramal soleh dan ditempatkan syurga Allah.

Seniman ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Konsulat General Malaysia di Medan, Konsulat serta pegawai-pegawai Konsulat yang memudahkan urusan saya di Medan Indonesia untuk rangka ziarah rasmi Seniman ke kubur Arwahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim.

Kubur Benjy di Medan Indonesia

Dalam lawatan yang sama saya juga dijemput untuk ke Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Medan Indonesia serta Majlis Aidilfitri Pegawai Konsulat Malaysia di Medan.

Seniman amat terharu dengan layanan yang diberikan dan mendoakan agar hubungan ini kekal terjalin rapi antara pihak Konsulat, Pelajar-Pelajar Malaysia dengan Seniman.

Terima kasih.

Hafiz Nafiah
Setiausaha Agung Seniman
16 Mei 2023
Medan, Indonesia


Share This Article

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *