Alhamdulilah syukur, dalam ucapan dasar YAB Presiden Umno Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Jun 2023 jelas dan terang menyatakan akan menuntut keadilan untuk bossku dihadapan Perdana Menteri Ds Anwar Ibrahim.
Statement yang amat berani dan lantang serta tegas.
Maka segala tomahan jahat serta naratif songsang yang dimainkan oleh sesetengah pihak mengatakan Umno tidak buat apa-apa untuk menyelamatkan dan memberikan keadilan buat bossku adalah tidak tepat sama sekali.
YAB Presiden juga memaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi juga telah membuat resolusi dan bersetuju tidak berganjak untuk mendapatkan keadilan buat bossku.
Alhamdulilah hari ini dalam ucapan penggulungan sebentar tadi Presiden sendiri telah membuat pengakuan yang beliau sendiri berjumpa Ds Najib di penjara Kajang selama lampir 2 jam.
Sudah tentu pelbagai perkara yang mereka bualkan dan bincangkan.
Jadi saya mohon kepada semua kekal tenang dan berhentilah dari mencemuh dan menghentam Presiden serta Umno kerana seluruh kepimpinan tertinggi Umno telah jelas tidak akan berganjak untuk menuntut keadilan terhadap bossku.
Jika masih mahu teruskan maka mungkin akan menyukarkan lagi proses untuk mendapatkan keadilan buat bossku, saya bercakap atas faktor maklumat yang saya dapat dan bukan semua maklumat tersebut boleh diwar-warkan.
Pada pandangan saya, tamat sudah segala persoalan yang bermain dalam fikiran negatif puak-puak yang tak senang duduk serta mengatakan Presiden dan MKT tak buat apa untuk keadilan bossku.
Sebagai YAB Timbalan Perdana Menteri sudah pasti ada perkara-perkara yang mungkin beliau tidak boleh nyatakan secara terbuka.
Semoga dipermudahkan urusan bossku dan diberikan kekuatan untuk terus sabar dengan segala kezaliman yang beliau hadapi.
Saya juga mendoakan agar Datin Sri Rosmah tabah mengharungi dugaan ini dan percayalah bahawa Datin Sri tidak keseorangan dalam menempuhi ujian ini.
InshaAllah akan ada sinar dihujung terowong.
Sama-sama kita doakan.