KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG SENIMAN
26 MEI 2021 | RABU
Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air Saudara Ramassuntran Rengan yang terkenal menerusi sitkom Spanar Jaya dan Mai Cik Mai dan berpuluh drama serta filem yang telah dijayakan, mendiang juga antara rakan artis yang sangat disenangi oleh semua kawan dalam industri seni dan memegang beberapa jawatan antaranya ialah Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia dan Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia dan mendiang juga pernah menyertai Bangsawan Bintang Timur telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1.30 pagi pada usia 57 tahun. Mendiang juga adalah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berpangkat Kapten Bersekutu (PA)
Menurut isteri mendiang, Pn Kamala, mendiang dibawa ke hospital pada jam lebih kurang pukul 12 malam akibat mengalami bengkak dikaki namun sejurus menerima rawatan mendiang mengalami sesak nafas dan proses CPR dilakukan namun mendiang disahkan meninggal dunia lebih kurang sejam selepas berada di Hospital Kuala Lumpur, mendiang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak ( 2 lekaki dan 1 perempuan)
Jenazah mendiang kini berada di HKL sementara menunggu post mortem pada jam 2 petang nanti.
Maklumat awal yang kami terima urusan pengkebumian mendiang dijangka esok dan lokasi pengkebumian pihak Seniman masih belum mendapat maklumat lanjut. Pihak Seniman akan susuli dengan maklumat lanjut dari masa ke semasa.
Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Barisan Exco Seniman Malaysia mengucapkan Takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Ini.
“May You Rest In Peace Abang Rama”
HAFIZ NAFIAH
Setiausaha Agung Seniman
Pejabat Seniman Kuala Lumpur
10.30 pagi