Saya faham ramai peniaga kecil dan sederhana yang terkesan akibat PKP 3.0 “Total Lockdown” ini, namun kita juga harus akur dengan kehendak yang semakin memaksa kita untuk sama-sama melawan wabak Covid-19 ini. Di Malaysia sahaja kes meningkat dengan mendadak sehingga pernah mencecah angka 9000 kes sehari dan ia amat membimbangkan kita kerana saiz penduduk Malaysia jika dibandingkan kes harian yang tinggai ini adalah sangat bahaya, Kita juga risau sistem kesihatan kita lumpuh seperti Negara India dimana kes mencecah ratusan ribu setiap hari sehingga sistem kesihatan mereka lumpuh.
Oleh yang demikian, saya secara peribadi menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sentiasa patut pada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan agar kita sama-sama dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini dengan secepat mungkin agar kita dapat menikmati kehidupan seperti sedia kala, saya juga menyeru kepada rakyat Malaysia untuk segera mendapatkan vaksin sebagai langkah-langkah pencegahan awal dan bagi mengurangkan impak apabila dijangkiti oleh wabak ini. Ini bagi menjadikan Malaysia mencapai Herd Immunity dengan lebih cepat.
Vaksin yang ada dipasaran sekarang ini adalah selamat untuk digunakan setelah diakui oleh World Health Organization (WHO) dan ia sekali lagi disahkan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA Malaysia), vaksin-vaksin ini juga telah melalui ujian klinikal beberapa kali sehingga ianya selamat untuk digunakan, jadi rakyat tidak perlu risau tentang itu, semestinya Kerajaan mahu yang terbaik untuk kita sebagai rakyat. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk melindungi orang yang kita sayang dan komuniti kita daripada terjangkit oleh wabak yang sangat bahaya ini.
Saya percaya ramai kalangan rakyat Malaysia yang kaya dan berhati baik serta pemurah, maka dengan rendah diri saya menyeru untuk anda sama-sama menyumbang kepada Pertubuhan Ekonomi Inovasi Melayu Malaysia untuk membantu mereka yang sangat memerlukan dalam keadaan sekarang ini, segala sumbangan anda akan kami edarkan kepada yang memerlukan, buat masa sekarang ini Pertubuhan juga tidak mampu untuk bergerak dengan pantas kerana kami juga mempunyai kekangan daripada segi dana, sekiranya ada sumbangan daripada kalian yang berhati baik ini, inshaAllah kami mampu membantu lebih ramai lagi yang terkesan terutama yang hilang pendapatan dikala PKP 3.0 ini. Segala Sumbangan boleh disalurkan kepada Pertubuhan Ekonomi Inovasi Melayu Malaysia, No Akaun 562085605489 (Maybank), sekiranya anda menyumbang, dibahagian nota anda boleh remarks “sumbangan PKP 3.0” supaya kami senang untuk tahu dan asingkan sumbangan tersebut dan kami boleh membuat kiraan dengan mudah. Segala jasabaik anda amatlah kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.