DUNIA HAFIZ

SALAM MAAL HIJRAH 1443

Share This Article

Sahabat sekalian hidup ini simple sahaja

Nampak orang buat baik kita sokong

Nampak orang buat salah kita nasihat

Nampak kebaikan orang jangan kita taksub sehinggakan kita idolakan dia

Sehingga dia buat benda salah pun kita pertahankan

Dan sama juga bila kita nampak salah orang jangan kita benci dia sehingga kebaikan yang dia lakukan pun kita tak iktiraf

Kita manusia tak ada hak untuk untuk menghukum, kita manusia hanya boleh menilai tapi jangan sampai menghina

Jangan taksub kerana taksub itu akan membutakan hati kita dari kebenaran tak kisah lah taksub pada sesiapa pun

Hatta Allah tak suruh kita taksub atau idolakan Nabi

Allah suruh kita jadikan Nabi sebagai Qudwah atau Uswah Hasanah iaitu ikutan yang baik dan mencintai Baginda

Allah suruh kita contohi sunnah Nabi dengan penuh keimanan dan ilmu

Bukan taksub, memuja-muja dan akhirnya tidak ikut pun sunnah Nabi

Perbuatan mengidolakan manusia inilah yang menjadi faktor berhala-hala dizaman Nabi Nuh dibuat

Itulah bahayanya apabila kita taksub dan mengidolakan manusia, hati-hati

Ingat, bersederhanalah dalam mencintai dan bersederhanalah dalam membenci

Cintailah sesuatu kerana Allah dan bencilah sesuatu kerana Allah InshaAllah kita akan bahagia.

Salam Maal Hijrah 1443

Hafiz Nafiah

Kuala Lumpur

10 Ogos 2021


Share This Article

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *