DUNIA HAFIZ

SATU BEG DARAH DAPAT MENYELAMATKAN TIGA NYAWA

Share This Article

Saya sudah menderma darah pada 24 Mei 2021

Setiap tahun, 14 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan. Banyak kelebihan sebagai penderma darah yang mungkin anda tidak tahu, antara kelebihanya adalah:

1. Dapat menjaga kesihatan penderma kerana sebelum anda menderma darah anda kan diberikan pemeriksaan kesihatan secara ringkas seperti pemeriksaan tekanan darah, hemoglobin, kumpulan darah, tahap kolestrol dan banyak lagi secara percuma. Bukan itu sahaja, darah yang diderma akan ditapis terlebih dahulu untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya. Jika darah yang anda derma tu ada masalah seperti yang dinyatakan maka pihak hospital akan menghubungi anda untuk maklumkan pada anda yang anda mempunyai penyakit so kiranya anda boleh tahu penyakit yang anda hadapi dari awal dan boleh mengambil langkah-langkah pencegahan atau pemulihan diperingkat awal.

2. Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan dalam badan penderma, Ini kerana penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda dan zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang.

3. Bukan itu sahaja, menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser, Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar akan tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak.

4. Paling best, menderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan, Adalah suatu mitos bagi yang mengatakan derma darah boleh menambahkan berat badan walhal sebenarnya dengan menderma darah, anda turut mengurangkan alori dalam badan anda dengan hanya berbaring diatas kerusi. Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti. Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.

5. Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan dan menjadi perderma lebih produktif dalam melakukan kerja, Bukan itu sahaja, menderma darah turut mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru. Tubuh anda akan menjadi lebih bertenaga, dapat berfungsi dengan lebih baik dan badan berasa lebih segar!

6. Paling utama, menderma darah dapat menyatukan manusia sejagat, apabila kita menderma darah kita dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama, kaum ataupun bangsa secara tidak langsung kita dapat merasakan self belonging antara kita masyarakat berbilang kaum daan agama di Malaysia ni dan ia juga sebagai sedekah kita dan inshaAllah ada ganjaran disisi Allah.

KREATIRIA PENDERMA DARAH :

Sekiranya anda memenuhi syarat yang diatas so bolehlah segera ke pusat-pusat derma darah seluruh Negara untuk menderma darah okay, jangan tunggu lama-lama okay gais..Selamat menderma semoga diberikan pahala berlipat ganda.


Share This Article

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *