DUNIA HAFIZ

Share This Article

Kurang siuman ? Ke tentuan atau pilihan
Oleh: Hafiz Nafiah
Dua hari lepas free day saya dalam sesi program saya, so ada masa saya pergi basuh baju di kedai dobi layan diri di Kota Bahru Kelantan ni..Sedang saya asyik menunggu baju saya sambil belek-belek telefon tiba-tiba saya didatangi oleh seorang lelaki yang agak tidak terurus dari segi pakaian dan rambutnya..Dalam hati saya, mamat ni sakit namun saya terus melayan mamat ni dengan bertanya beberapa soalan..Mamat ni pun layan saya dengan cara dia dan dia menjawab beberapa soalan saya..Saya order lockcing yang agak famous di Kota Serambi Mekah ni untuk dia makan..
Dia makan dengan penuh bersemangat, saya belikan air dan berikan pada dia..Jauh disudut hati saya banyak perkara yang saya pikir tentang mamat ni namun adakah ini pilihan dia atau takdir sudah tertulis untuk beliau..Dalam asyik tengok gelagat dia yang bercakap sorang-sorang sambil main kereta control didepan dobi tu datang seorang hamba Allah sedekahkan 2 bungkus roti dan duit RM 10 lantas mamat ni terus berikan roti tu kepada saya..Saya terus cakap kat dia demo make la..kawe kenyang doh..
Allahuakbar sayu hati saya mengenangkan aksi spontan seorang yang dianggap kurang siuman namun masih ada rasa ingin berkongsi rezeki dengan saya walaupun makanan tu hamba Allah ni berikan pada dia..Betapa mulianya hati dia dan sucinya hati dia walaupun dalam keadaan yang tidak sempurna namun dia masih mempunyai hati yang bersih yang mungkin orang sempurna macam kita belum tentu boleh buat..Dia hanya tidur dikaki lima sebelah dobi tu..secara tiba-tiba begenang air mata saya..Ya Allah kau permudahkanlah urusan hamba ini dan kau luaskanlah rezekinya dan kau berikan hidayah kepadanya..Semoga selamat ye sahabat dalam menempuh liku-liku hidup yang kian mencabar ini..
Kadang-kadang Allah hantar orang-orang macam ni untuk uji kita..Saya tidak pernah menganggap mereka ini tidak siuman cuma saya anggap mereka ini sakit..Jangan kita jauhkan diri dari mereka sebaliknya dampingilah mereka kerana mereka juga punyai hati yang baik dan suci yang mungkin kita tidak seperti mereka..
Kalau ada umur kita jumpa lagi dan pasti saya akan datang lagi melawat demo..Sampai sekarang muka dia still bermain depan mata saya..

Share This Article