Alhamdulillah setelah selesai program di Setapak tadi saya bergegas untuk menyampaikan sumbangan seorang hamba Allah kepada adik Mat..Sumbangan keperluan harian adik mat adalah Susu dan pampers..Semoga Allah berkhati niat ikhlas hamba Allah ini..Saya sekadar bantu memudahkan urusan sahaja..Menjelang bulan Ramadhan ni sama-sama kita berdoa agar Allah limpahkan rezeki kesihatan agar adik Mat terus kuat dan bersemangat mengharungi kehidupan ini..
Kita doakan juga agar penjaga adik Mat ini diberikan kekuatan untuk terus bertahan menjaga anak syurga ini..
Sesungguhnya bukan perkara mudah untuk menjaga anak istimewa ini tapi janji Allah itu pasti bila ada kesabaran dalam diri kita maka Allah akan tambah nikmat dan ganjaran..Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban adik Mat dan penjaga..Semoga menjadi anak yang soleh dan saya berdoa agar Allah permudahkan urusan mereka..Sekiranya ada sesiapa yang ingin menyumbang kepada gerakan saya untuk membantu lebih ramai lagi yang memerlukan boleh pm saya ye..InshaAllah banyak lagi yang saya boleh bantu sekiranya ada sumbangan daripada kalian semua…Ameen…
Post Views:
370